Saturday, January 22, 2011

Aku Dan Tanahair

Sudah sekian lama aku berada di bumi tanahairku. Aku balik Malaysia sekitar bulan Mei 2010. Dari saat itu sampai sekarang banyak perubahan dalam kehidupan aku. Jika dahulunya aku sebagai seorang penuntut alAzhar, ikni aku sebagai rakyat Malaysia yang sepertimana orang lain, berlumba-lumba mencari sebuah kehidupan yang sempurna untuk masa hadapanku.

Seingat aku, sebelum balik ke tanahair, banyak perancangan yang aku buat. semuanya adalah untuk mencari sebuah kehidupan yang sempurna sesuai dengan apa yang aku ada masa tu. Fikiran masa itu tersangat santai, konon dapat menangani semua masalah disebabkan ke'koya'lan diri yang sudah bertahun-tahun berada perantauan. Bila sampai di bumi Malaysia, semua berubah. Aku seperti hilang punca untuk beberapa hari. tekanan di Malaysia teramatlah kuat dengan masalah keluarga, masalah masyarakat sekeliling yang membuat aku seolah-olah tersentak dari mimpi.

Bilamana masalah berkaitan dengan keluarga selesai, datang masalah lain yang selalu ada pada setiap graduan-graduan lepasan universiti, iaitu mencari kerja. Aku akui agak sukar untuk mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan yang aku ada. Selama 4 bulan aku berulang alik Kelantan-Kuala Lumpur untuk mencari kerja, menghubungi mereka-mereka yang menjanjikan aku kerja dengan syarat hubungi mereka bila aku balik, yang semuanya itu hampa dan hanyalah kata-kata dan janji manis saja. Aku akhirnya dapat bekerja di LPM KPM. itupun mujur alhamdulilLah ada bekas pegawai MSD di Mesir dahulu yang beritahu ada jawatan kosong kontrak disana.

Sekarang aku sambung kontrak aku di LPM KPM, sehingga aku dapat mencari kerja tetap. Banyak suka duka sepanjang aku berada di tanahairku ini. Jika berkesempatan akan aku ceritakan nanti dilain masa.

1 comment: